API OH API

Ketika seorang guru muda SMKGN begitu tekun menyampaikan ilmu kepada setiap pelajar, tiba-tiba berlaku satu dialog yang agak cemas di kalangan pelajar-pelajar dalam kelas tersebut...

MAMAT : Cikgu, pasai apa loceng bunyi tak henti-henti?
CIKGU : Tak dak apa kot.. mungkin loceng rosak (hati kecil guru tersenyum)

Loceng masih berbunyi..
Guru muda terus mengajar dengan penuh bersemangat tanpa menghiraukan bunyi loceng yang jelas agak mengganggu pDpnya kali ini ini. Murid-murid mula panik.

MURID2  : ???%^&(^#$??
MINAH    : Cikgu.. kalau tak silap saya, bila loceng bunyi panjang, tu tandanya ada kebakaran kat sekolah.
MAMAT   : Betoi la cikgu.. ada budak-budak kelas lain dok lari tu (sambil menunjukkan jarinya ke arah pelajar-pelajar kelas lain yang sedang berlari)

CIKGU : HAH! Tunggu apa lagi! Cepat lari ke arah padang. Tinggalkan semua barang dalam kelas!

Semua pelajar dalam kelas mula lari bertempiaran ke arah padang seperti yang diarahkan  oleh guru muda tersebut. Guru muda tersenyum puas, terlintas di benaknya.. bagus pelajar-pelajar SMKGN, rupanya depa alert dengan bunyi loceng tadi.


Sketsa di atas adalah sebahagian peristiwa yang berlaku di SMKGN hari ini 2/3/2018 di mana satu latihan fire drill telah dirancang dengan teliti oleh mastermind SMKGN yang hebat iaitu cikgu Abu Bakar dengan dibantu oleh rakan-rakan guru yang lain.

Antara objektif latihan fire drill kali ini adalah :

✔ Memberi pendedahan tentang bahaya kebakaran.
✔ Menimba ilmu memadam kebakaran.
✔ Menjadikan situasi kebakaran sebagai latihan apabila berlakunya bencana yang sebenar.
✔ Mendidik pelajar prosedur yang selamat dan laluan kebakaran yang selamat mengikut pelan kebakaran yang disediakan.

Sesi taklimat keselamatan kebakaran dan kecemasan diri telah disampaikan oleh cikgu Abu Bakar bertujuan memberi latihan persediaan menghadapi situasi sebenar jika kebakaran berlaku di sekolah supaya pelajar cepat dan tangkas bertindak.

Diharapkan sesi latihan ini dapat dimanfaatkan oleh warga SMKGN untuk menghadapi setuasi sebenar jika berlaku sama ada di sekolah atau di rumah serta di mana sahaja.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Jasamu dikenang.







Pages