I SAYANG You, You SAYANG I

“I SAYANG YouYou SAYANG I.” Inilah tema pelancaran program Mentor Mentee hari ini yang bertujuan untuk meningkat keupayaan murid serta membantu memberi keyakinan dan semangat sebelum menghadapi peperiksaan dan perjalanan hidup sebagai pelajar di SMKGN. Setiap guru bertindak sebagai mentor dan murid adalah menteenya. Tema ini juga bertujuan memupuk perasaan kasih sayang dan sikap saling memerlukan antara guru dengan pelajar kerana dengan kasih sayanglah moral dan akhlak pelajar dapat dipupuk dan seterusnya menimbulkan semangat untuk cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

Bagi mencapai tujuan murni ini, semua pihak telah menggembleng tenaga bagi menjayakannya.  Perubahan dan kemajuan dalam bidang pendidikan yang pesat dan sentiasa berubah mengikut peredaran masa menuntut kita warga pendidik agar sentiasa bersedia menghadapi apa jua rintangan. Sehubungan dengan itu, salah satu program ke arah kecemerlangan yang boleh membantu ialah Program Mentor Mentee. Pelancaran program “I SAYANG YouYou SAYANG I” telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua, SMKGN iaitu Tn Hj Bokeri bin Abu Othman dengan kerjasama unit HEM dan dibantu oleh Unit Bimbingan & Kaunseling dan semua guru.

Tarikh : 29 Januari 2018
Masa : 7.40 pagi - 8.40 pagi
Tempat : Dataran Al Farabi

GALERI BERGAMBAR





Penyerahan Fail Pengurusan Mentor Meetee











Guru Penyayang



Guru Penyayang










Ucapan dari Tuan Pengetua







Tinta Buat Pelajar.. Rasulullah SAW Adalah Mentor Terbaik Untuk Setiap Umat Islam. Hormatilah Guru Anda… Cintai Rasulullah.. Sesungguhnya Cinta Kepada Rasulullah Membawa Cinta Abadi Kepada Allah.

Dia Kekasih Allah

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah






Pages