Sehubungan dengan itu, SMK Guar Nangka dengan kerjasama kaunselor sekolah dan unit HEM telah melancarkan program mentor mentee 2017 yang bertemakan "Guru Dihormati, Murid Disayangi".
Melalui program ini, murid diharapkan dapat;
- Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat menghormati antara mentor dan mentee.
- Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain.
- Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap kebajikan mereka.
Tarikh
13 Mac 2017
Hari
Isnin
Masa
7.30 pagi - 8.30 pagi
Tempat
Dataran Al Farabi SMK Guar Nangka
Peristiwa Bergambar