Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan Fasa 1 2017 Anjuran Unit Kurikulum SMKGN
Pengenalan
Pendidikan merupakan proses pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta penyerapan nilai murni supaya mampu menjadi insan yang berpengetahuan, bertenaga mahir serta berakhlak mulia. Proses pendidikan ini merupakan proses secara berterusan sepanjang hayat, Bersesuaian dengan prinsip perkembangan Profesionalisme guru, usaha lebih berkesan melalui Latihan Dalam Perkhidmatan perlu digembleng bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan guru terlatih secara berterusan untuk membangunkan diri bagi menghadapi perubahan dalam dunia pendidikan yang penuh cabaran.
Sehubungan itu, Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan Fasa 1 2017 Anjuran Unit Kurikulum SMKGN kali ini bertemakan Pengurusan Pencapaian Murid sangat penting dilaksanakan lebih awal agar dapat membina budaya kerja cemerlang, berfokus kepada kecemerlangan organisasi serta membina budaya kerja sepasukan di samping menjadi asas kepada usaha membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi guru sepenuhnya.
Tarikh
18 Februari 2017
Hari
Sabtu
Masa
08:30 pagi
Tempat
Bilik Mesyuarat Ibnu Sina, SMK Guar Nangka
Kehadiran
Semua guru dan staf sokongan